Thursday, September 16, 2010

Selamat Datang ke Nusrah Hidayah..

Assalammualaikum.. Terlebih dahulu, dimaklumkan bahawa Blog Nusrah Hidayah masih dalam proses pembaikpulihan. Sebarang kemaskini akan dimaklumkan mengikut informasi terkini.

Perkahwinan merupakan ikatan murni dalam kehidupan setiap insan, berlandaskan hukum dan adat atas fitrah yang suci. Justeru, menjejaki gerbangnya sebuah perkahwinan, moleklah diatur sebaik mungkin agar perancangan kewangan dan penyediaanya seiring budget dan cost yang rendah dan sederhana, tetapi mempunyai hasil yang memuaskan mengikut dambaan raja sehari. Oleh itu, menyahut seruan takdir, kami di Nusrah Hidayah akan menyediakan pelan perkahwinan budget bagi fotografi dan hantaran buat pengantin dan bakal raja sehari mengikut kehendak dan permintaan pelanggan.

Nusrah Hidayah yang akan mulai beroperasi sekitar penghujung tahun 2010 InsyaALLAH diterajui oleh kerjasama 2 rakan perniagaan, Nurul Nadia dan Nurul Aini yang masih menuntut secara sambilan di Universiti Teknologi Mara, mempunyai misi dan niat yang murni demi kesenangan bersama. Dengan ini, kami amat mengharapkan kerjasama dan sokongan anda sekalian. Semoga niat suci dan murni kami untuk membantu anda dalam kelancaran majlis perkahwinan dengan budget yang sederhana ini akan diberkati oleh Allah s.w.t. InsyaAllah.. amen..


Harga akan ditentukan mengikut lokasi, perjalanan, pengangkutan dan tempat tinggal bagi yang out station, dan lain-lain lagi mengikut quotation yang akan kami pertimbangkan mengikut budget yang sederhana. Sukacita dimaklumlan, harga boleh dirunding untuk anda pelanggan kami.

Walau bagaimanapun, Nusrah Hidayah akan meneruskan editing gamba perkahwinan, pertunangan, majlis harijadi, ulangtahun perkahwinan, sambutan hari-hari keistimewaan, perayaan dan sebagainya dengan harga yang istimewa berterusan dan hubungkait melalui aien gallery yang telah mengadakan promosi istimewa selama sebulan mulai Jun sehingga Julai yang lepas!

Apa yang istimewa, kami menawarkan harga istimewa bulan kelahiran Nurul Nadia pada September dan Nurul Aini pada bulan December dengan harga dan perkhidmatan yang istimewa. Harga adalah seperti berikut mulai September sehingga December 31, 2010 mengikut bulan kelahiran kedua-dua rakan kongsi;

Package 1 – 10 edited picture (RM15) + Extra bonus 1 free edited calendar.
Package 2 - 20 edited picture (RM30) + Extra bonus 1 free edited calendar + 1 edited magazine cover.

# Pakej seterusnya mengikut permintaan pelanggan.


Package Special – 100pcs and more edited and printed completed with album with a special price – can negotiate.

We will provide a quotation after get a request and will fulfilled customer’s need.

Kepada yang berminat, sila hubungi kami Nurul Nadia atau Nurul Aini di alamat email : nusrah.hidayah@gmail.com. Kami bersedia berkhidmat untuk anda pada bila-bila masa sahaja. Terima Kasih.